Wednesday, September 23, 2009

Things change...

I've learned that things change and people change. It doesn't mean u forget the past . It simply means moving on and treasure the memories. Letting go doesn't mean giving up. It means accepting that some things weren't meant to be....

Thursday, September 3, 2009

Just a note.....

How is the feeling of being ignored?
How is the feeling if you got so many doubts and uncertainties?
Why can’t you just throw away everything and ignore the way you are being ignored?
Why can’t you just run away from the things that troubled you?
Why there are so many things in your head? Why you are such a thinker?
Why can’t you go on with life?
Why must burden yourself to the thing that doesn’t worth your present?
Why cant ppl understands you?
Why you are being you?
Why they are so many WHY and how to be strong to face all of this?


Hakikat kehidupan:
Kesibukan sentiasa ada, ketenangan dan keluh kesah silih berganti, suka dan duka menghiasi setiap simpang dan liku-liku hidup. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari semua ini. Sedar ataupun tidak kita kadang-kadang tewas dengan ujian yang kecil sedangkan kita pernah gagah berdepan dengan ujian yang lebih berat sebelumnya. Kita pernah kecewa dengan bebanan yang ringan sedangkan kita begitu tabah berdepan dengan bebanan yang berkali ganda lebih hebat diwaktu silam.

Jadi apa yang menyebabkan kita kadang-kadsang kuat dan kadang-kadang lemah. Kita sebenarnya lemah apabila jiwa kita kecil dan kita kuat ketika jiwa kita besar. Inilah hakikat kehidupan kita; yang hidup dan mati itu adalah jiwa kita, yang kuat atau lemah itu adalah jiwa kita.

Manusia sering memenuhi keperluan fizikal atau jasadinya tetapi jiwanya sering dilupakan. Jiwa kita sebenarnya memerlukan makanan dan pengisian lebih tinggi berbanding keperluan jasadi kita. Kita mungkin pernah baca kisah-kisah kekuatan jiwa manusia; ada yang terperangkap dalam gua berminggu-minggu tetapi masih hidup, ada yang tersesat di hutan berbulan-bulan tanpa makanan yang cukup tetapi masih boleh meneruskan kehidupannya walau serba lemah tetapi disudut dunia yang lain ada yang mati tergantung di dalam biliknya sedang kemewahan menyelimuti kehidupannya.

Apakah yang membezakan manusia-manusia ini? Tentunya jiwa mereka. Bagi yang berjiwa besar mereka kan sanggup berdepan dengan apa saja cabaran tetapi bagi yang berjiwa kecil kadang terkurung dalam dunia yang sempit dan penuh kekecewaan. Ada yang masih terselamat ketika berdepan dengan musibah yang besar tetapi ada juga yang mengorbankan dirinya bagi sesuatu yang remeh dan murahan.

Ketika Islam berkembang sampai ke Andalusia, pernah suatu hari gabenor Islam memanggil ketua paderi di daerah tersebut. Gabenor Islam tadi bertanya kepada paderi tersebut kenapa mereka tidak bangkit menentang sedangkan tanhair mereka dijajah oleh tentera Islam. lalu balas Paderi tadi "Disebabkan kami telah diadili dengan sebaik-baiknya dan kami tidak pernah sekalipun dizalimi oleh tentera kamu maka kamu berhak mendapat jawapan yang betul" Paderi itu meneruskan lagi "Kami tidak bangkit menentang kerana kekuatan prinsip (keteguhan jiwa) yang ada pada tentera kamu. Dengan kekuatan yang kamu miliki ini, walaupun kami mempunyai tentera yang ramai, kami tetap akan kalah, walaupun kamu memiliki senjata yang lebih baik pun kami akan kalah. Oleh itu kami akan tunggu hingga tentera kamu dijangkiti cinta dunia, berebut pangkat dan kekuasaan, pada masa itulah kami akan bangkit menentang."

Jadi apa yang menjadikan kita kuat dan lemah, apa yang menjadikan kita tabah dan kecewa dan apa yang menjadikan kita tenang dan keluh kesah? Oleh itu binalah kekuatan jiwa kita agar kita memandang kecil dan ringan segala cabaran yang akan kita depani, isilah jiwa kita dengan keyakinan dan prinsip agar kita kan tetap berdiri teguh menghadapi ujian hidup.

Ulamak menggariskan 3 perkara minimum dalam kita melakukan perubahan atau peningkatan diri:

1. Tarbiyyah Imaniyyah (Pendidikan Iman)
Kita perlu berada di dalam proses didikan iman secara berterusan dan berkala bukan sekali sekala sahaja. Hati kita perlu sentiasa diberi peringatan agar kita tidak lalai. Ada jadual tetap untuk kita bina kekuatan diri kita. Berapa kuliah/ceramah/tazkirah yang perlu kita hadiri atau dengari seminggu, buku apa yang perlu kita baca dan sebagainya. Perubahan itu tidak semestinya berlaku mendadak tetapi sekurang2nya kesalahan kita tidak semakin bertambah.

2. Murabbi Mithali (Pendidik yang boleh dijadikan contoh)
Carilah pembimbing yang ikhlas dan beramal dengan kefahaman atau ilmu yang disampaikannya. Bukan guru yang mengajar kerana ada suatu kepentingan diri dan sebagainya. Sekarang kita berada di zaman ICT, zaman teknologi maklumat dan komunikasi....jarak dan lokasi tidak lagi menjadi halangan.

3. Bi'ah Solehah (Suasana yang baik)
Carilah suasana, kawan, tempat kerja dan sebagainya yang dapat berikan kita kekuatan.

Kata-kata hikmat seorang cikgu.....yang boleh dijadikan panduan..